Monday, May 11, 2009

~~ emak ~~



mak.... kau penyuluh hidup ku....
menerangi alam ini

mak.... hidup ini kosong tanpa mu....
yang tidak penah kenal erti jemu...

mak.... ku tahu betapa payah untuk mu membesarkan kami
8 beradik.....
dengan pelbagai kerenah......

mak.... ketabahan mu amat ku sanjungi....

tanpa mak siapalah aku dibumi ini.....

kasih sayang mu tiada terbanding.....



ibu

Wednesday, February 25, 2009


celebrate kak mai birthday... dengan ahli club white snake dekat haji samuri sate

Thursday, October 16, 2008

~~~ lose my self ~~~

assalamualaikum...... lame da x jenguk umah nih.... hidup... hidup mesti diteruskan walau ape2 pun keadaan yg datang....

Friday, September 5, 2008

~~ jawapan yg sudah tentu ~~


KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yang berdusta

(Surah AL-ANKABUT ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?


“Boleh jadi kamu membenci sesuatau tu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’

(Surah AL-BAQARAH ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


“ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya

(Surah AL-BAQARAH ayat 286)

KENAPA RASA FRUST?


“Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah org2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yang beriman

(Surah AL-IMRAN ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


“Wahai orang-orang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) ,dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada ALLAH supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

“Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

(Surah AL-BAQARAH ayat 45)

APA YANG KITA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?


“Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 mu’min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……..?

(Surah AL-TAUBAH ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


“Cukuplah ALLAH bagiku ,tidak ada Tuhan selain dari NYA….Hanya kepadaNYA aku bertawakkal.”

(Surah AL-TAUBAH ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!


“………………….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir.”

(Surah YUSUF ayat 12)


~~ ramadhan oh ramadhan ~~


(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)

Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya'ban Tahun 2 Hijrah.

Dalil

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa

Sunday, August 31, 2008

Wednesday, August 27, 2008

~~ KEHADIRANMU DINANTI ~~

dalam beberapa hari lagi kita semua umat islam akan menyambut kedatangan bulan ramadhan... bulan yang penuh dengan rahmat... puasa akan ditetapkan pada hari ahad iaitu 31/8/08... moga bulan ini kita semua mendapat berkah dari Nya..